Pages

Sunday, May 17, 2009

AF KELUAR

Assalamualaikum wbt

*you're texting your mates to tell them that you're happy because the one you've been rooting for won/ you're cursing voters nationwide because you think they did not make a good choice by not voting the one you voted for*

Benar. Malam ini hampir semua rakyat Malaysia terpaku di depan kaca tv kerana ingin menonton konsert akhir Akademi Fantasia. Segelintir dari kita, ada yang tukar tukar saluran tv, jumpa konsert yang menarik, ah, tengok sajalah alang-alang bosan. Ramai, sekadar melihat untuk hiburan. Kebanyakan, tunggu depan tv setelah selesainya fardhu Maghrib sambil telefon bimbit tak lepas dari genggaman. Jari jemari diletup-letupkan agar lebih pantas menaip. Dan beribu, pergi meng'hangat'kan Stadium Putra.

Maaf sekiranya apa yang bakal anda baca bisa menyinggung. Bukan niat di hati ingin mengganti Adlin Aman Ramlee. Jauh sekali mengimpikan rambut secantik Edrie, mahupun mengejar gelaran Dato' satu-satunya srikandi. I have nothing against the entertainment industry. Neither do I have any problem with AF. Bagus, usaha untuk melahirkan lebih ramai artis yang berkualiti dan well-rounded. Syumul sungguh pendekatan akademi ini.

Pun begitu, secara peribadi saya merasakan ada sesetengah lagak mahupun lawak yang kurang cerdik yang perlu diberikan transformasi. Jenaka 'tak zip seluar', 'gaya nak terkucil'. Mungkin gelagat selamba ala-ala kejang otot sang pengacara yang mulia menggelikan hati segelintir penonton dari kalangan kita. Tetapi ia hanya mampu membuat saya terdiam, tunduk dengan perasaan malu. Lagi, aksi gadis manis bertudung terkinja-kinja di atas dan tepi pentas, membiarkan lentok tubuhnya menjadi santapan. Fanatik dan cool katanya. Bagus. Anda memang rock dan cool habis. Teruskan. Market tu. Terbaik!

Tinggalkan sebentar konsert akhir yang scale nya paling besar ini. Mari ke saluran @15. Terima kasih Astro kerana menyediakan chatbox bagi pemuja-pemuja peserta AF untuk menyuarakan buah fikiran masing-masing. Namun sayangnya, ruang interaksi ini dijadikan tempat meluah rasa benci. Si ibu beranak lima, mahupun teruna yang menerima peluang kedua di caci dan di maki dengan bahasa-bahasa yang kurang sopan. Nak tahu intipatinya sila lihat sendiri.

Mungkin ada yang merasakan perkara ini biasa. Maafkan saya, namun saya merasa gusar dan kurang selesa dengan budaya kurang sihat yang timbul gara-gara demam AF ini.

Mari kita fikirkan sejanak hakikat di sebalik program realiti yang mempromosi fantasi ini. Budaya kutuk-mengutuk. Lawak kurang bernas yang tidak pun lucu sebenarnya dan lain-lain lagi. Saya merasakan perkara sebegini bukanlah satu cerminan yang baik bagi bangsa kita. Melihat dari luar kotak, fenomena sebegini membuatkan bangsa Melayu tampak seperti golongan yang mengangkat hedonisme sebagai budaya. Sudahlah begitu, diapikan lagi dengan budaya dengki dan suka menjatuhkan sesama sendiri. Yes, I used a lot of the word 'budaya'. Kerana itu akar umbi maruah bangsa. Back to root people, back to root.

All these, along with the not so intelligent host, need to go. Owh yea, those tight pants too. To see guys in that, is just disturbing.

Sorry wok. Selamat malam semua.


5 comments:

Izzat Jonid said...

AFUNDI MASUK NONI...
hehehe

Mahirah M said...

terima kasih izzat jones!

Izham Ismail said...

why american idol, britain's got talent, x-factor etc (well not i watch them customarily) never make me feel not-so-intelligent?

while af, and all that similar are just so painful to even watch?

thanks for your outlook, i am starting to learn why.

nice post.

Mahirah M said...

because foreign talent shows focus on talent, and talent development, and talent.

thanks Am. bukankah anda sedang exam? viel gluck!

akira said...

for me its a matter of professionalism.